Home » , » ANATOMI DAN FISIOLOGI JANTUNG

ANATOMI DAN FISIOLOGI JANTUNG




JANTUNGKU: Jantung merupakan organ yang berotot pejal dan mempunyai empat ruang dimana saiznya menyamai saiz penumbuk individu berkenaan. Ianya terletak di dalam bahagian dada, diantara dua paru-paru, dan dibawah tulang rusuk kiri.
Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh bahagian tubuh. Tugas ini dilakukan dengan menguncup sebanyak 60 hingga 90 kali bagi setiap minit. dengan setiap penguncupan ruang jantung akan mengepam darah samada ke venrikel atau salur darah arteri. dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah. 
________________________________________
CARA JANTUNG BEKERJA: Pusingan jantung bermula dibahagian kanan jantung. Salur darah vena[vena kava bawah] menyalurkan semula aliran darah yang rendah kandungan oksigen ke dalam ruang atrium kanan. Aliran darah tadi akan mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan di mana ia kanan dipam ke dalam sistem saluran darah paru-paru melalui arteri pulmonari di mana ia akan menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang tinggi kandungan oksigen ini akan memasuki jantung semula dimana ia akan mengalir ke dalam atrium kiri melalui dua pasang vena pulmonari setiap pasang dari paru-paru kanan dan kiri. Daripada atrium kiri darah tadi akan memasuki ventrikel kiri dan dipam keluar ke dalam aorta untuk penyaluran kesetiap bahagian badan manusia.
________________________________________
INJAP-INJAP JANTUNG: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.
Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.
Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap ruang tadi.
Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan  darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.
________________________________________
JANTUNG BERDENYUT: Jantung anda mempunyai sistem arus elektrik yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA. Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia. Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di bawah. Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup  dan jantung berdebyut akibat daripada ransangan-ransangan tadi dan 
ianya berlaku teramat pantas.
________________________________________
ALIRAN DARAH KORONARI: Jantung juga mempunyai sistem aliran darahnya sendiri yang berfungsi memberikan bekalan darah kepada otot-otot jantung. Ianya terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri. Arteri koronari kanan muncul daripada aorta dan mengelilingi bahagian kanan lekukan atrioventrikular dan menyalurkan darah kepada atrium kanan dan ventrikel kanan dan sebahagian pembahagi[septa] belakang. Arteri koronari kiri juga muncul daripada aorta. Bahagian permulaannya arteri kiri koronari utama dan menjadi arteri kiri bawah dan arteri sirkumfleks. Kesemuanya menyalurkan darah bahagian atrium kiri dan ventrikel kiri dan sebahagian pembahagi depan.



Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di My Documentku

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan anda Copy-paste di blog or web teman-teman semua, Jangan Lupa di Like or commentnya ya...
Terima kasih

 
© 2010-2012 My Documentku